Monday, 21 March 2016

IKRAR PERSADA

Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA 

Bahawasanya kami;
Ahli PERSADA Malaysia
Beriltizam dan berjanji setia
Menyumbang bakti dan usaha 
Membangun dan membela 
Amanah warisan pusaka FELDA dan warganya
Ke arah mencapai hasrat dan wawasan negara 
Merealisasi gagasan Aspirasi FELDA Glokal yang mulia 
Untuk memartabat FELDA di persada dunia. 

Kami;
Dengan penuh sedar dan memahami 
Rasional dan bijaksana
Bertindak atas keutamaan & prinsip tertera
Menjunjung Semangat Rukun Negara 
Mendukung Konsep 1 Malaysia 
Pintar bermasyarakat, membudayakan ilmu dan berakhlak mulia
Keharmonian dan kemakmuran FELDA diutama 
Demi agama, bangsa dan negara.


PENGENALAN PERSADA

   
 Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.  Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.



PERSADA dibahagikan kepada 5 zon utama Zon A; Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Zon B; Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Zon C; Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Zon D; Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Zon E; Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).