Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda dan Jabatan Pendidikan Felda telah menganjurkan Program PERSADA Bersatu Menggapai Impian pada 5 – 6 November 2016 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Pahang.
Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Perundingan PERSADA Kebangsaan (MPPK) yang disertai hampir 700 mahasiswa/wi dari IPT seperti UM, UIAM, USM, UKM, UPSI, UNIMAS, UPM, LUCT dan lain-lain.
Sepanjang program ini diadakan sesi motivasi yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara JPM, Encik Sulhairil Hafiz Hj Sulaiman, Presiden Kami Anak FELDA (KAF), Encik Fakhrurrazi Mohd Habib, Pengarah Jabatan Pendidikan Felda, Encik Mohd Ridzuan Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Encik Erwan Aman.
.
![]() |
| Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), En Anuar Malek yang turut memberi taklimat bertajuk “Kebersamaan dan Kebersatuan Pemangkin Kejayaan |






No comments:
Post a Comment