Thursday, 29 December 2016

SEJARAH PENUBUHAN PERSADA

FELDA telah wujud lebih setengah abad yang lalu apabila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke dua Malaysia, pada tahun 7 Julai 1956 menubuhkan dan melancarkan FELDA Lurah Bilut di Pahang.

Sekreteriat Permuafakatan Mahasiswa dan mahasiswi FELDA (PERSADA) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjana masyarakat FELDA yang terdiri daripada para mahasiswa di IPTA/IPTS untuk melahirkan masyarakat FELDA yang menumpu kepada mendidik; keorganisasian, keusahawanan, kemahiran, pendidikan, sukan, kebudayaan, kemasyarakatan, membanteras gejala sosial dan kesukarelaan.

Penubuhan PERSADA juga turut menerapkan input, peranan dan dorongan untuk bertindak  tepat bagi memastikan warga FELDA yang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dari pelbagai latar belakang pengalaman dan pendidikan digerakkan agar usaha mencapai hasrat sebagaimana yang telah digariskan berjalan dengan lancar, teratur dan tersusun.



Penubuhan PERSADA di setiap IPTA/IPTS bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut kepimpinan malah dapat membantu mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dan mahasiswi UniSZA yang mempunyai kaitan @ latar belakang FELDA. Selain itu, turut dapat membantu untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. 

Wednesday, 28 December 2016

PROGRAM PERSADA KEBANGSAAN (PERSADA BERSATU MENGGAPAI IMPIAN)


Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda dan Jabatan Pendidikan Felda telah menganjurkan Program PERSADA Bersatu Menggapai Impian pada 5 – 6 November 2016 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Pahang.

Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Perundingan PERSADA Kebangsaan (MPPK) yang disertai hampir 700 mahasiswa/wi dari IPT seperti UM, UIAM, USM, UKM, UPSI, UNIMAS, UPM, LUCT dan lain-lain.
Sepanjang program ini diadakan sesi motivasi yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara JPM, Encik Sulhairil Hafiz Hj Sulaiman, Presiden Kami Anak FELDA (KAF), Encik Fakhrurrazi Mohd Habib, Pengarah Jabatan Pendidikan Felda, Encik Mohd Ridzuan Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Encik Erwan Aman.

.




Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), En Anuar Malek yang turut memberi taklimat bertajuk “Kebersamaan dan Kebersatuan Pemangkin Kejayaan
Semasa Majlis Makan Malam dan Penutup, Pengerusi Felda, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad telah menyampaikan Watikah Pelantikan MPPK dan Pengerusi yang baru.

*TQ UNIT STUDIO FELDA ATAS GAMBAR YG AWESOME NI*


ANNUAL GRAND MEETING PERSADA

15/10/2016
Alhamdulillah
Selesai sudah majlis AGM Persada UniSZA bagi sesi 15/16 yang berlangsung di dewan Auditorium Library UniSZA. Jutaan terima kasih kpd barisan exco yang menjayakn majlis AGM ini dan juga kepada Timbalan Pengerusi Persada UMT, Mohamad Rusydi bin Md Said kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami.

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Persada yang baru. Semoga dengan pelantikan ini,kalian dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Terima kasih utk segalanya..:D
#persada_unisza
#bukan_sekadar_sekretariat
#kami_sebuah_keluarga





Barisan exco dan majlis tertinggi PERSADA


Penerimaan watikah pelantikan yang disempurnakan oleh wakil PERSADA UMT

PERMUAFAKATAN SISWA/I FELDA (PERSADA)

Friday, 23 December 2016

PENDAFTARAN AHLI BARU PERSADA

THROWBACK
Pengambilan ahli baru PERSADA UniSZA sesi 2016/2017 . Jika anda anak felda,cucu felda ataupun anak kakitangan felda anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli PERSADA UniSZA .pelbagai aktiviti menarik menanti anda .






PROGRAM PERSADA UniSZA : KEMBARA CAKNA SIRI 3

1/10/2016....Alhamdulillah selesai satu program bersiri Persada UniSZA iaitu program Kembara Cakna di Masjid As- Salam Batu Rakit, Kuala Terengganu...Terima kasih kepada Yb. Tuan Haji Bazlan bin Abdul Rahman (Adun Batu Rakit) kerana meluangkan masa merasmikan majlis penutup program ini, tidak lupa juga kepada peserta yang menyertai program ini....Terima Kasih Semua!!!









Monday, 21 March 2016

IKRAR PERSADA

Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA 

Bahawasanya kami;
Ahli PERSADA Malaysia
Beriltizam dan berjanji setia
Menyumbang bakti dan usaha 
Membangun dan membela 
Amanah warisan pusaka FELDA dan warganya
Ke arah mencapai hasrat dan wawasan negara 
Merealisasi gagasan Aspirasi FELDA Glokal yang mulia 
Untuk memartabat FELDA di persada dunia. 

Kami;
Dengan penuh sedar dan memahami 
Rasional dan bijaksana
Bertindak atas keutamaan & prinsip tertera
Menjunjung Semangat Rukun Negara 
Mendukung Konsep 1 Malaysia 
Pintar bermasyarakat, membudayakan ilmu dan berakhlak mulia
Keharmonian dan kemakmuran FELDA diutama 
Demi agama, bangsa dan negara.


PENGENALAN PERSADA

   
 Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.  Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.



PERSADA dibahagikan kepada 5 zon utama Zon A; Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Zon B; Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Zon C; Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Zon D; Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Zon E; Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).